STRATEGI PEMASARAN DIGITAL DALAM DAKWAH ISLAM KONTEMPORARI: MENYESUAIKAN PENDEKATAN KOMUNIKASI UNTUK ERA DIGITAL
DIGITAL MARKETING STRATEGIES IN CONTEMPORARY ISLAMIC DA'WAH: ADAPTING COMMUNICATION APPROACHES FOR THE DIGITAL AGE
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.276Keywords:
Pemasaran Digital, Dakwah Islam, Media Sosial, Pempengaruh,Abstract
Perkembangan teknologi digital telah mengubah secara drastik cara penyebaran dakwah Islam, namun pendekatan komunikasi dakwah tradisional dilihat kurang efektif dalam menarik minat generasi muda, sekali gus membawa kepada penurunan tahap keterlibatan golongan tersebut dalam aktiviti keagamaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pemasaran digital yang berkesan dalam dakwah Islam kontemporari serta cabaran-cabaran yang wujud dalam mengadaptasi komunikasi keagamaan kepada era digital. Kajian ini menggunakan kaedah ulasan artikel dengan menganalisis secara kritikal artikel-artikel ilmiah berkaitan pemasaran digital, media sosial, penggunaan pempengaruh, serta strategi penjenamaan dalam konteks dakwah. Hasil kajian mendapati penggunaan media sosial seperti Instagram, YouTube, dan TikTok, serta penglibatan pempengaruh agama secara kreatif dan asli, berjaya meningkatkan penglibatan komuniti Muslim, khususnya golongan muda. Bagaimanapun, beberapa cabaran utama dikenal pasti termasuklah isu keaslian kandungan, jurang literasi digital dalam kalangan pendakwah dan khalayak, serta risiko gangguan siber. Justeru, kajian ini mengesyorkan pendekatan pemasaran digital yang bersepadu dengan penekanan terhadap pembangunan kemahiran literasi digital, pengukuhan etika penyampaian, serta inovasi kandungan yang responsif terhadap perubahan teknologi dan keperluan psikososial khalayak.
Downloads
References
Ahmad, A. (2021). The Role of Artificial Intelligence in Islamic Da'wah: Trends and Challenges (sumber luar).
Badrah Uyuni, Rabiah Al Adawiyah, Raihanatul Quddus, Kasyifatuddja. (2024). Transformation Of Dakwah Media In Inspiring Muslimah In The Digital Era. Al-Risalah: Jurnal Studi Agama dan Pemikiran Islam, 15(2.0), 711. https://doi.org/10.34005/alrisalah.v15i2.3866
Che Daud, A. S., & Abdullah, B. (2024). Peranan pendakwah menerusi konsep al-hikmah kepada mualaf: Satu sorotan awal menerusi perspektif al-Quran. Jurnal YADIM, 4(1). https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.215
Encep Dulwahab. (2016). Rebranding Dakwah Di Media Televisi. Anida Aktualisasi Nuansa Ilmu Dakwah, 15(2.0), 299.
Erdin Sumardianto. (2022). Strategi Komunikasi Pemasaran Dakwah Dalam Zakat Baznas Pada Awal Pandemi Covid-19. Anida (Aktualisasi Nuansa Ilmu Dakwah), 22(2.0), 188-206. Https://Doi.Org/10.15575/Anida.V22i2.20317
Ghazali, M. F., & Adnan, M. F. (2023). Garis panduan penggunaan aplikasi TikTok: Satu analisis fiqh. Jurnal YADIM, 2(1). https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v2.76
Mega Silvia, Vidi Sukmayadi. (2019). Strategi Content Creator Pada Dakwah Di Media Sosial (Studi Kasus Pada Akun Instagram @Pejuang.Mahar). Https://Doi.Org/10.13140/Rg.2.2.30262.78401
Muhammad Mabrur, Lalu Agus Satriawan, Udi Yuliarto. (2024). Aplikasi Konsep Religious Marketing dalam Praktek Komunikasi dan Dakwah Islam. Al-Hiwar: Jurnal Ilmu dan Teknik Dakwah, 12(1.0), 45-56. https://doi.org/10.18592/alhiwar.v12i1.13592
Muhammad Mabrur. (2020). Pe ndekatan “Religious Marketing” dalam Komunikasi Islam: Menjawab Tantangan Era Disrupsi. Alhadharah: Jurnal Ilmu Dakwah, 19(1.0), 16-26.
Jahar, A. S. (2015). Marketing Islam through zakat institutions in Indonesia. Studia Islamika, 22(3), 481-502.
Nabed Nwairah, S.Ag., MH.I. (2015). Peran Keluarga dan Organisasi Remaja Masjid Dalam Dakwah Terhadap Remaja. Jurnal Al-Hiwar, Vol, 03(6.0), 2.
Nabila Eka Fitriananda, Dinna Chaerun Nisa, Ahmad Naufa, Pia Khoirotun nisa. (2024). Strategi Pemasaran Dakwah Digital Dengan Menganalisis Kinerja Iklan Dalam Kampanye Sosial Dan Komersial (Studi Deskriptif Pada Akun @Ayah_Amanah). Jurnal Ekonomi dan Bisnis Digital, 01(4.0), 846-851.
Nor Raudah Siren, Masitah Hj. Esa, & Juwairiah Hassan (2024). Pelaksanaan dan penerimaan Program YADIM Peduli dalam melestarikan bantuan kemanusiaan. Jurnal YADIM, 4(1), 52–75. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.182
Pew Research Center. (2022). Social Media Use in 2022 (sumber luar)










