AJARAN (SESAT) HARUN BIN MAT SAAT: ANALISIS AJARAN, PERKEMBANGAN DAN PENGARUHNYA DI KUANTAN, PAHANG Harun Bin Mat Saat’s Preach (Heresy): Teaching Analysis, Evolution and His Influence in Kuantan, Pahang
Main Article Content
Abstract
Ajaran sesat atau ajaran salah adalah suatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia bertentangan dengan sumber perundangan Islam, sama ada daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ atau Qias. Kajian ini mengenai seorang lelaki bernama Harun Bin Mat Saat yang mendakwa dirinya adalah Tuhan 2013 dan mempunyai 312 orang pengikut setia di seluruh Malaysia. Kajian ini juga membincangkan tentang ciriciri ajaran yang dibawa oleh Harun Bin Mat Saat di Kuantan, Pahang. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan pengaruh Harun Bin Mat Saat di Kuantan. Responden yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang serta orang yang ditahan. Dapatan kajian dianalisis, bagi mengenal pasti ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam serta pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Pahang dalam membanterasnya. Kesimpulannya, kajian diharap dapat memberi sumbangan dalam mendedahkan gerakan dan kegiatan ajaran sesat ini secara khusus dan langkah langkah pencegahan yang patut diambil secara umum oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Pahang khususnya Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dan Bahagian Penyelidikan. Ini penting dalam memartabatkan urusan hal ehwal Islam di Malaysia.
Deviant teaching or heresy refer to ideologies, beliefs or practices that are in contrary to real Islamic law or teaching. It’s conflicted totally from the main sources of Islamic religion such as Al-Quran. Al-Sunnah, Ijmak (the concensus) and Qiyas (analogical reasoning). This study focusing on the man, named as Harun Bin Mat Saat that self proclaimed as “the God of 2013” and he was disseminating his teachings to more than 312 of his avid followers throughout the Malaysia. This research, discuss also the main features and criterias of Harun’s teachings, the development and impact, especially among the folks of Kuantan, Pahang. Among the respondents participating in this research are the officers at the department Islamic Religious Pahang and the individual that JAIP caught. The finding study were analysed some aspects of the ideas to as certain the contradicting ism and heresy of his teachings. At the same time, this research highlight the methodology that has been used by the Islamic Department to curb the spread of Harun’s teachings. To sum up in brief, the research, hopefully would discover the contribution of JAIP in combatting the movement and deviant teachings in Pahang particularly by taking the suitable steps to tackle this problem mainly the Syariah Law and Research Department. This is very crucial to empower the religious affairs in Malaysia.
Downloads
Article Details
References
Abdul Fatah Haron Ibrahim. 2007. Kajian Ajaran Sesat. Bangi: Pusat Pengajian
Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harun Bin Mat Saat. 2013. Tuhan 2013. Kuantan : Terbitan Istana Ilmu
Harun Bin Mat Saat. 2013. Tamadun Ketuhanan Abad Ke 21. Kuantan : Terbitan
Istana Ilmu.
Harun Bin Mat Saat. 2013. Faktasifik. Kuantan : Terbitan Istana Ilmu.
Harun Bin Mat Saat. 2013. Buku Teks Maha Graduan. Kuantan: Terbitan
Istana Ilmu.
JAKIM. 1998. Mengenal Hadith Maudhu’. Kuala Lumpur: JAKIM
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2012. 40 Ciri Ajaran Sesat. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ahmad Raffli Bin Ab Malek. 2013. Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang. Temu bual.
Badli Shah Bin Alaudin. 2013. Pekan: Jabatan Agama Islam Pahang. Temu bual. 20 Mei
Ezar Sarfira Binti Md Zaki. 2013. Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang. Temu bual.
April
Harun Bin Mat Saat. 2013. Kuantan: Pengasas Ajaran Harun Bin Mat Saat @
Tuhan 2013. Temu bual. 20 Februari
Mohd Idris Bin Abdul Talib @ Ramli. 2013. Raub: Pejabat Agama Islam Daerah
Raub. Temu bual. 8 Julai
Mohd Hafidz Bin Mohd Suhaile. 2013. Kuantan: Pejabat Agama Islam Daerah
Kuantan. Temu bual. 20 Mei
Muhammad Nur Sollehin Bin Johari. 2013. Pekan: Jabatan Agama Islam Pahang.
Temubual. 5 April
Mohd Nizam Bin Mohd Salleh. 2013. Kuantan: Pengikut Kanan Kumpulan
Ajaran Harun Bin Mat Saat @ Tuhan 2013. Temu bual. 4 Jun
Muhammad Zuhaili Saiman. 2012. Akidah Akhir Zaman. Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn. Bhd.
Zakaria Stapa. 2003. Tasawuf Perbandingan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh,
Universiti Kebangsaan Malaysia.