PEMERKASAAN AKIDAH TERAS KELESTARIAN INSAN MENUJU MASYARAKAT MADANI
EMPOWERMENT OF FAITH AS THE FOUNDATION FOR SUSTAINABLE HUMANITY TOWARDS A CIVIL SOCIETY
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.272Keywords:
Akidah, kelestarian insan, masyarakat madani, sekularisme, pendidikan Islam, media Islamik, pembangunan spiritualAbstract
Akidah merupakan asas utama dalam pembentukan keperibadian insan yang seimbang dan berintegriti. Namun, dalam arus globalisasi dan kemajuan teknologi, umat Islam khususnya generasi muda semakin terdedah kepada cabaran ideologi sekularisme, pengaruh media digital yang tidak terkawal, serta gejala sosial yang melemahkan nilai dan identiti Islam. Masalah ini menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan jati diri umat Islam dan kelestarian masyarakat madani. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepentingan pemerkasaan akidah dalam menghadapi cabaran semasa serta mencadangkan strategi berkesan ke arah pembentukan masyarakat madani yang berteraskan nilai Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan terhadap sumber primer seperti al-Quran, hadis serta kajian literatur berkaitan isu-isu kontemporari umat Islam. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan pendidikan berterusan, peranan tokoh berakhlak tinggi sebagai contoh ikutan, dan pemanfaatan media Islamik merupakan strategi utama dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan akidah secara holistik. Pembinaan masyarakat madani yang mampan tidak boleh dipisahkan daripada asas akidah yang kukuh, berpaksikan al-Quran dan sunnah serta dibimbing dengan nilai ihsan dan takwa. Justeru, pemerkasaan akidah adalah agenda utama ke arah melestarikan potensi insan bagi menjamin kesejahteraan ummah dan kestabilan negara.
Downloads
References
Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali al-Muqri al-Fayyūmi (t.th.), al-Miṣbāḥ al-Munir, 2 juzuk. Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah.
Ahmad ibn Muhammad Fayyumi (1986). al-Misbah al-Munir fi Gharib al-Syarh al-Kabir. Al-Maktabah al-‘Ilmiyah.
Al-Ghazālī, Abū Hāmid Muhammad (1990), Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn, t. c., Beyrūt: Dār al-Ma‘rifah.
Anwar Ibrahim (2023). Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi. Cet. Keempat. Selangor: Institut Darul Ehsan.
Bahagian Penyelidikan, (1991), Mengenal Ajaran Sesat di Malaysia, Kertas Kerja di Pusat Islam Malaysia, 3 September 1991.
Farahwahida Mohd Yusof (2007). Aliran Kepercayaan: Sejarah & Perkembangannya Di Malaysia. Penerbit UTM.
Ibn al-Athir, Majd al-Din al-Mubarak ibn Muhammad (1893). al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athr. Digital Library. Rujuk: https://archive.org/details/alnihayahfighari12ibna/page/n1/mode/1up
Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamal al-Dīn Muhammad ibn Mukram al-Afriqi al-Misri (1863H). Lisān al-ʿArab. Beirut: Dar Ṣadir.
Ibrahim Mustafa, Ahmad Hassan Zayyat, Hamid Abdul Qadir, dan Mohamad Ali Najjar (1960). Al-Mu'jam al-Wasit. Kaherah: Dar al-Ma'arif.
Kementerian Waqaf dan Urusan Agama Kuwait (1983). al-Mausu ‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah. Cet. 2. Kuwait: Kementerian Waqaf dan Urusan Agama.
Muhammad Khalil Haras (1407H), Sharh al-‘Aqidah al-Wasitiyyah, Riyad: Ri’asah al-‘Ammah li Idarah al-Buhuth.
Sayid Sabiq (1974), Al-‘Aqa’id al-Islamiyyah. Dar al-Kutub al-‘Arabiyyah.
Suhaila Abdullah (2023). ‘Masyarakat Madani Berteraskan Akhlak Islam’ dalam Dewan Tamadun Islam. Lihat Jendela DBP https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2023/03/13/5334/ diakses pada 2 Mei 2025
Syed Hussein Alattas (2016) Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi. Cet. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Warta Kerajaan. Sel. P.U.31. 16hb Oktober 2024. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Fatwa di Bawah Seksyen 47.
Yusuf al-Qaradhawi (1972). al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Al-Maktab al-Islami.
Zabidi Mohamed (2003). Maunah Kebenaran Yang Sebenar. Cet. 1. Kuala Lumpur: Zabidi Publication.
Zayn al-Din Muhammad bin Abu Bakr bin ‘Abd al-Qadir al-Razi (1982), Mukhtar al-Sihah, tahkik Hamzah Fath Allah, Beirut: Mu’asasah al-Risalah.
Zulkifli Muhammad al-Bakri (2019). ‘Al-Kafi #1237: Rasuah Sudah Menjadi Budaya Rakyat Malaysia?’. Rujuk https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3339-al-kafi-1237 diakses pada 1 Mei 2025







