PELAKSANAAN DAN PENERIMAAN PROGRAM YADIM PEDULI DALAM MELESTARIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN IMPLEMENTATION AND RECEPTION OF YADIM CARE PROGRAM IN PRESERVING HUMANITARIAN ASSISTANCE

Main Article Content

Juwairiah Hassan
Nor Raudah Hj Siren
Masitah Esa

Abstract

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan sebuah organisasi dakwah yang menandai evolusi dakwah secara berorganisasi di negara ini. Sebagai sebuah badan yang berusaha menjalankan kegiatan dan menyelaraskan aktiviti dakwah dari pelbagai badan dakwah di Malaysia. Berdasarkan kepada tujuan penubuhan YADIM sebagaimana yang termaktub dalam Surat Ikatan Amanah YADIM bertarikh  25 Januari 1974 bersamaan 1 Muharram 1394H ialah; “Memperkembangkan ugama Islam dan amnya bagi maksud kerja-kerja pendidikan, sosial dan kebajikan”. Oleh yang demikian, YADIM memiliki strategi dan manhaj tertentu terutama menyusun bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kecemasan terhadap sasaran yang memerlukan melalui signature YADIM PEDULI. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti program-program bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh YADIM dan menganalisis penerimaan masyarakat terhadapnya. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kuantitatif bagi menganalisis penerimaan masyarakat terhadap program bantuan kemanusiaan yang dijalankan melalui YADIM PEDULI. Kajian mendapati, YADIM PEDULI aktif dalam aktiviti membantu golongan asnaf, pesakit kronik, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, mualaf, anak yatim termasuk mangsa-mangsa bencana alam serta golongan lain yang memerlukan. Sumbangan antaranya berbentuk barangan keperluan harian atau wang ringgit diberikan kepada masyarakat yang beragama Islam mahupun bukan Islam. Penerimaan masyarakat terhadap program ini adalah menggalakkan

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Masitah Esa 1 et al., “Metodologi Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada Masyarakat: Satu Tinjauan Awal”, Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(2), 2017 26-37, e-ISSN: 2289-960X, (2017)

Monika @ Munirah Abd Razzak (2023) Pembangunan Spiritual Pendakwah Kontemporari dalam Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023) 72

Muhammed Yusof dan Ashraf M. Zedan, Pembangunan Minda. Dalam Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023) 121-122

Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023)

Nurul Husna Mansor & Khairul Hamimah Mohamad Jodi. Pembangunan Sosial dalam Dakwah. Dalam Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023) 144- 145

Nur Shahidah Paad. Pembangunan Fizikal, dalam dalam Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023) 77

Pelan Strategik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 2022 – 2024, 2022. Putrajaya: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia

Laporan Tahunan YADIM 2021. Putrajaya: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Yusmini Md Yusoff, Pembangunan Emosi, dalam Nor Raudah Hj Siren dan Nur Shahidah Pa’ad, Pembangunan Modal Insan, Panduan untuk Pemdakwah Profesiona 114l. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, (2023)