KEPENTINGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PEMBANGUNAN JATI DIRI MANUSIA : TINJAUAN SOROTAN LITERATUR THE IMPORTANCE OF ISLAMIC PSYCHOSPIRITUAL IN HUMAN SELF-DEVELOPMENT: A LITERATURE REVIEW

Main Article Content

Nazirul Zainudin

Abstract

Pembangunan jati diri manusia merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bertamadun. Indikator pembangunan jati diri seorang Muslim sejati bukan sekadar melihat kemajuan luaran semata-mata, namun mencakupi segala aspek fizikal dan spiritual. Falsafah pembangunan jati diri yang digariskan dalam Islam amat jelas bahawa manusia ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya menjadikan komponen akhlak sebagai teras utama dalam kehidupan. Kefahaman teras akhlak sebagai prinsip utama dalam setiap tingkah laku boleh membolehkan seseorang Muslim itu menjalani kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat kelak. Pembangunan jati diri seseorang Muslim melalui penerapan psikospiritual Islam merupakan suatu alternatif yang baik kerana ia mengandungi terapi dan langkah pemulihan yang holistik kepada akhlak seseorang manusia. Walaupun begitu, masih ramai umat Islam tidak dapat memahami dan menghayati kepentingan elemen psikospiritual Islam sebagai langkah dan pedoman untuk mengukuhkan nilai jati diri seorang Muslim. Oleh itu, penulisan artikel ini meneroka kepentingan psikospiritual Islam dalam pembangunan jati diri seseorang manusia. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dapatan yang dikemukakan berasaskan dokumentasi menerusi analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan penerapan elemen psikospiritual Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri manusia serta dapat membantu individu mencapai keseimbangan emosi, mental, dan spiritual, sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, konsep psikospiritual Islam juga memainkan peranan penting dalam pembentukan moral dan etika, membantu individu mengurus tekanan dan cabaran hidup, serta memperkukuh hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Pada akhirnya, kefahaman sebenar berkaitan prinsip psikospiritual Islam dan juga kepentingannya boleh dijadikan panduan kepada umat manusia untuk membendung diri dari terjebak perkara yang negatif.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Arena Che Kasim, (2021). Pengurusan Psikospiritual Berdasarkan Pemikiran Al-Muhasibi. Bangi. UKM Press.

Che Zarrina Sa’arii, Hasimah Chik, Che Zuhaida Saariiii, Sharifah Basirah Syed Muhsini, Nor Azah Abdul Aziz, Khairul Hamimah Mohammad Jodivi, Abdul Salam bin Muhamad Shukrivii, Salmah Karmanviii ,Abdul Ghafar Bin Suripi & Sheriza Izwa Zainuddin. (2021). Analisis Keperluan Pembangunan Manual Psikospiritual Islam Dalam Penjagaan Paliatif. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021: 143-154.

Hasmiah Chik, Che Zarrina Sa’arii & Loh Ee Chin. (2017). Peranan Spiritual Dalam Rawatan Paliatif. Afkar Vol.19. No.2.

Hasimah binti Chik, Che Zarrina binti Sa'ari, Sharifah Basirah binti Syed Muhsin & Sheriza Izwa binti Zainuddin. (2022). Pendekatan Holistik Menurut Psikospiritual Islam dalam Mendepani Cabaran COVID-19. Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2021: 42-54.

Ismail Ibrahim. (2021, Februari 22). Cabaran pengaruh pemikiran Barat. Sinar Harian Online. Bahan diakses pada 22 Februari 2021. https://www.sinarharian.com.my/article/125062/khas/pendapat/cabaran-pengaruh-pemikiran-barat

Intan Farhana Saparudin & Siti Nabilah Che Soh. (2018). Elemen Psiko-Spiritual Dalam Menangani Delinkuensi Remaja. Human Sustainability Procedia (INSAN 2018 E-Proceeding). 417-422.

Mariam Abd Majid, Nurzatil Ismah Azizan, Abur Hamdi Usman, Noor Hafizah Haridi, Noraini Mohamad, Zainab Ismail & Aisyah Humairak Abdul Rahman. (2023). Pembangunan Jati Diri Insan Menurut Perspektif Hadis. Hadith and Aqidah Research Institute (INHAD): 38-50.

Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Norhana Ahad, Khairul Azhar Meerangani, Mohd Farhan Md Ariffin & Izzah Nur Aida Zur Raffar. (2021). Pendekatan Zikir Al-Munfarid Dalam Menangani Tekanan Ketika Pandemik Covid-19. Hikmah 13(1) 2021: 21-42.

Muhd Afiq & Mohd Syukri, (2020). Psikospiritual Islam Menurut Perspektif Maqasid Al-Syariah: Satu Sorotan Awal. Conference: Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam (SAKI) 2020At: Negeri Sembilan, Malaysia. 223-232.

Nurul lzzaty Nor Jefri, Shaharin, Nuraisyah Syakirin & Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media So-sial dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Sem-inar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 157-176.

Nurul Shuhadah Md Yahya, and Mohd Manawi Mohd Akib. (2023). Perspektif Psikospiritual Islam Terhadap Masalah Spiritual Remaja Berisiko. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (2). pp. 1-11. ISSN 0128-0899.

Nor Dalilah Zakaria & Raihanah Azahari. (2022). Menghayati Nilai Iman, Islam dan Ihsan Dalam Mendepani Cabaran Kontemporari. AR-RĀ’IQ 5(1):20-74.

Salleh, S., Wazir, R., Abd Rahman, K. A., Sudi, S., Awang, A. H., & Kamarulzaman, A. I. (2022). Mengatasi Masalah Kesihatan Mental Melalui Pendekatan Psiko Spiritual. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7 (47), 601-615.

Shahidah Hamzah, Nur Hafizah Yusoff, Fauziah Ani & Zahrul Akmal Damin. (2021). Kesan Hedonisme Kepada Generasi Muda: Kajian Kes di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Pagoh. Journal of Sciences and Humanities. Vol 18. No.2 (2021). 98-108. ISSN: 1823-884x

Shahidah, Sharifah Basirah & Mohd Syukri, (2021). Implementasi Psikospiritual Islam Dalam Pembentukan Model Motivasi. Afkar Vol. 23 Issue 2 (2021): 405-444.

Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarrina Sa’ari & Mohd Manawi Mohd Akib. (2020). Penghayatan Konsep Maqamat dalam Membangunkan Spiritual Insan. Prosiding Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam. (250-264).

Siti Aishah Hassan. (2021). Menangani Masalah Komuniti Pendekatan Psikospiritual, Kaedah E-Kaunseling dan Pelaksanaan Modul. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Siti Wahidah Mustapa & Muhd Najib Abdul Kadir. (2020). Tema Utama Pemikiran Muslim Liberal. Jurnal Al-Ummah 2 (2020M/1442H): 1-16.

Syajaratulhuda Mohd Rosli. (2024, Februari 18). Persenda Islam Secara Terbuka, Umat Islam Hilang Jati Diri – Mufti. Sinar Harian Online. Bahan diakses pada 18 Februari 2024. https://www.sinarharian.com.my/article/650163/berita/nasional/persenda-islam-secara-terbuka-umat-islam-hilang-jati-diri---mufti

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, A. S., Nik Saleh, N. S. S., Mamat, Z., Sahdan, Z., Syed Husin, S. N., Alias, M. A. A., & Abdullah Kahar, N. S. (2022). Permasalahan Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia: Isu, Cabaran Dan Cadangan Penyelesaian. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 26. No. 2. (2022): 47-61.

Zuraimy Ali, Azhar Abdul Rahman, Noraini Ismail & Nadiyah Hashim. (2022). Etika Islam Dalam Membina Peradaban Manusia Yang Cemerlang. Jurnal Pengajian Islam, Bilangan 15, Special Issue, Multi Disiplin Ilmu Dalam Pengajian islam, Halaman 168-179.