SEJARAH PERKEMBANGAN DAN ISU PENTADBIRAN PENDAFTARAN SAUDARA BARU DI MALAYSIA: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR THE DEVELOPMENT HISTORY AND ISSUES ON THE ADMINISTRATION OF NEW MUSLIM REGISTRATION IN MALAYSIA: A STUDY AT SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

Main Article Content

Sharifah Hayaati Syed Ismail
Nurhidayah Mohamed Hamidi

Abstract

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pentadbiran pendaftaran saudara baru (SB) di Malaysia dengan tumpuan kepada isu semasa berkaitan proses pentadbiran pendaftaran pengislaman (PPI) SB. Ini adalah rentetan daripada pelbagai isu pentadbiran SB yang sering timbul setiap tahun boleh mencacatkan imej pentadbiran agensi Islam.Justeru, kajian ini meneliti tiga aspek utama PPI iaitu Standard Operasi Prosedur (SOP), pemantauan dan penyelarasan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Isu-isu SB pula akan dianalisis berdasarkan kepada lima elemen yang terdapat dalam sistem PPI saudara baru iaitu SOP pendaftaran masuk Islam (SOP-PMaI), SOP permohonan meninggalkan Islam (SOP-PMeI), pemantauan pendaftaran masuk Islam (PPMaI), pemantauan permohonan meninggalkan Islam (PPMeI) dan penyelarasan pentadbiran pendaftaran saudara baru (PPP-SB). Tujuan penganalisaan adalah untuk mengenalpasti masalah dan faktor yang menyebabkan isu berkaitan dengan pentadbiran pendaftaran pengislaman  (PPI) saudara baru. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod temubual, perpustakaan dan dokumentasi.  Data tersebut dianalisis menggunakan metod tematik. Hasil kajian mendapati bahawa isu berkaitan SB timbul disebabkan oleh enam aspek dalam proses PPI saudara baru. Iaitu isu proses dan prosedur yang berbeza, kerahsiaan memeluk Islam, pendaftaran tidak disempurnakan mengikut prosedur, pendaftaran tidak menepati kehendak prosedur, tiada pemantauan yang rapi dan pengesahan pendaftaran pengislaman. Manakala faktor yang menyebabkan kepada enam aspek berkaitan komplikasi pentadbiran yang telah dikenalpasti adalah kerana borang pendaftaran yang tidak lengkap, keengganan meminda status agama pada kad pengenalan, ketidakcaknaan terhadap dokumen sokongan yang diperlukan dan sistem pendaftaran yang tidak sistematik. Penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian terhadap isu PPI-SB tersebut. Pertama, melalui usaha jangka panjang iaitu penggunaan sistem pendaftaran sepenuhnya secara dalam talian dan kedua penyediaan dokumen sokongan yang mencukupi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Halimahton Shaari, Ngu Teck Hua, and V Raman. "Covering Race and Religion: The Moorthy and Nyonya Tahir Cases in Four Malaysian Newspapers." Kajian Malaysia 14, no. 1&2 (2006): 185-201.

Mohd Faridh Hafez, MO and Sharifah Hayaati Syed Ismail. (2016). "Sumbangan Organisasi Cina-Muslim dalam Keharmonian Beragama di Malaysia: Tinjauan terhadap Peranan dan Cabaran PERKIM & MACMA", In Nor Raudah Hj Siren (Eds), Isu-isu Dakwah dan Golongan Minoriti. (pp. 1-27).Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Islam.

Hussin Che Pa, Nasrul Hisyam Nor Muhammad, and Suahaimi Mustar. "Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121(1a) Perlembagaan Persekutuan: Satu Penilaian." Malaysian Journal of Syariah and Law 3 (2016).

Khairani Husin, and Mohd al Adib Samuri. "Kerahsiaan Kemasukan Islam: Isu Undang-Undang Kes Pemelukan Islam Saudara Baru Di Malaysia."Jurnal Undang-Undang Malaysia 26, no. 1 (2014): 1-25.

Pg Ismail Pg Musa, and Siti Zubaidah Ismail. "Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Sabah." Jurnal Syariah 23, no. 1 (2015): 53-78.

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy (2018).”Managing New Muslims:Understanding issues and challenges in Malaysia, A Literature Review”, In Akmal Khuzairy Abd Rahman (et.al), Contemporary Issues in Islamic Thought (pp. 21-46).Kuala Lumpur :IIUM Press

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy,Mahmood Zuhdi Abdul Majid,Ahmad F. Yousif, Osman Chuah Abdullah,Marina Munira Abdul Mutalib. “Studies on Inter-Faith Relations: Latest Input for Authority Management Review (AMR) in Malaysia”.Journal of Religious & Theological Information. Volume 15,Issue 1-2. (2016) :47-59

Zanariah Dimon, and Zaini Yusnita Mat Jusoh. "Pengesahan Status Agama Di Makhkamah Syariah: Satu Sorotan." Kertas kerja persidangan dibentangkan di 1st International Research and Innovation Conference Proceeding 2014 (INSAN 2014), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang Selangor, 17-18 November 2014.