KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM MENURUT MAQASID AL-DARURIYAH DALAM INOVASI MAKANAN DAN PRODUK HALAL DI MALAYSIA CONSUMERISM IN ISLAM BASED ON MAQASID AL-DARURIYYAH IN FOOD INOVATION AND HALAL PRODUCT IN MALAYSIA

Main Article Content

Ain Khadeeja Zainuzzaman
Sumayyah Abdul Aziz
Toh Puan Nizaita Omar
Mohd Hapiz Mahaiyadin

Abstract

Revolusi industri 4.0 telah merancakkan perkembangan dalam industri digital. Perkembangan ini sejajar dengan kepesatan teknologi  moden yang mendorong kepada pelbagai bentuk inovasi khususnya dalam penghasilan makanan. Ini telah mencetuskan fenomena baru dalam pemain industri makanan dan minuman (F&B) . Kesedaran halal dalam masyarakat Islam di Malaysia telah menjadi titik tolak dalam perkembangan industri makanan halal di Malaysia. Pengaplikasian maqasid al-daruriyyah mampu menjadi kayu ukur dalam penghasilan makanan inovasi halal di Malaysia. Kepenggunaan tidak tertakluk kepada barangan sahaja. Malah, kepenggunaan merangkumi dimensi yang lebih luas iaitu perkhidmatan dan pengurusan. Aspek halal dan haram menjadi garis panduan kepada pengguna sama ada untuk melakukan pembelian barang makanan tersebut ataupun tidak. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai elemen pengaplikasian maqasid al-daruriyyah dalam inovasi makanan dan produk halal kepada pengguna di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan sepenuhnya. Kaedah kepustakaan ini merangkumi penelitian maklumat berkaitan maqasid al-daruriyyah, inovasi makanan, dan produk halal di Malaysia melalui artikel-artikel, buku-buku yang berautoriti dan kajian ilmiah telah diguna pakai.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Ab Ghani, A., & Ismail, M. S. (2010). Penentuan Piawaian Alkohol Dalam Makanan Yang Dibenarkan Dari Perspektif Islam. Jurnal Fiqh, 7(1), 277–299. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol7no1.14

Al-Suyuti, ‘Abd. al-Rahman bin Abu Bakr. (1998). al-Ashbah wa al-Nazair. Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah.

Anindita Maniath. (2023). Three Key Trends Driving Halal Beauty’s Growth in Southeast Asia. Euromoinitor International.

https://www.euromonitor.com/article/three-key-trends-driving-halal-beautys-growth-in-southeast-asia (27 Mac 2024).

GGI Insights. (2024). Nutrition and Health: The Key to Well-Being and Longevity. Gray Group International. https://www.graygroupintl.com/blog/nutrition-and-health (1April 2024).

Halim Ahmad, (2001) Penyembelihan dan pemburuan: Antara Tuntutan Syara’ dan Sains. Jurnal Penyelidikan Islam Bil. 1

Ibn Kathir, I. (2000). Tafsîr ibn kathîr. Riyadh: Dar-us-Salam.

Ishak, S., Hussain, M. Y., Omar, A. R. C., Sum, S. M., Saad, S., Ramli, Z., & Manaf, A. A. (2015). Penelitian tingkah laku inovasi firma makanan halal kecil di Malaysia: Satu analisis tentatif (Deciphering innovative behaviours of Malaysia’s small halal food enterprises: A tentative analysis). Geografia, 11(2). Kelantan: Pustaka Reka.

Khattak, J. Z. K., Mir, A., Anwar, Z., Abbas, G., Khattak, H. Z. K., & Ismatullah, H. (2011). Concept of halal food and biotechnology. Advance Journal of Food Science and Technology, 3(5), 385-389.

Mohamed Jusoh, (2001).Halal Haram in Food Ingredients. Jurnal Penyelidikan Islam Bil. 14

Mohammed Ali Albar (1993), Masalah Arak Dan Penyelesaiannya Menurut Islam. Abdullah Sani Gani (terj.). Kelantan: Pustaka Reka.

Mohd Rushdan Md.Noor, Murizah Mohd Zain. (2010). Panduan Lengkap Reproduksi Manusia dan Rawatan Infertiliti. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Cetakan Pertama.

Muhammad Saad. (1998). Maqasid al-syariah al-Islamiyyah wa alaqotaha bil adillah al-syariah. Dar al-hijrah li al-nasyar wa al-tawzi’. Al-riyadh.

Nur al-Din Mukhtar. (2006). Ilmu Maqasid Al-Syariah. Abeikan Publishers. 79-80.

Pauziah Hashim. (2011). Halal haram Dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Produk Kosmetik Halal. Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Nadirah Hafidzin. (2018). Tingkat Pengambilan Karbohidrat. Harian Metro Online.

https://www.hmetro.com.my/hati/2018/03/325524/tingkat-pengambilan-karbohidrat. (26 Mac 2024).

Suraiya Ishak & Ahmad Raflis Che Omar (2013), " Do Small Firms Possess Innovative Behavior? Evidence from Malaysia,” Journal of Innovation Management in Small and Medium Enterprises Vol. 2013.

Syed Marzuki, S. Z., Zainal Abidin, Z., Kamall Khan, Y., Osman, C. A., & Hoon Leh, O. L. (2018). Halal Market Opportunities Through Research Findings. Asean Entrepreneurship Journal, 4(1), 171–180.

T. Muda, T. S., & Ahmad, R. (2016). Halal Haram Makanan Menurut Imam Syafi’i: Analisis dari Perspektif Maqasid Al-Shari’ah.

Tahir, S. M., & Kashim, M. I. A. M. (2017). Maqasid Shariah In Modern Foods: Maqasid Syariah Dalam Makanan Moden. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 6(1), 10–18. https://al-qanatir.com/aq/article/view/54

Zarmani, N. F., Ramli, M. A., & Shaikh Mohd Salleh, S. M. S. (2017). Pembangunan Garis Panduan Peranti Perubatan Halal: Analisis Terhadap Isu-Isu Sutur Pembedahan Development of Halal Medical Device Guidelines: Analysis of Surgical Suture Issues. Jurnal Fiqh, No. 14 (2017) 51-74(14), 51–74.