MADRASAH IDRISIAH MODEL INSTITUSI PENDIDIKAN GERAKAN ISLAH DI MALAYSIA
MADRASAH IDRISIAH AS A MODEL OF ISLAH MOVEMENT EDUCATIONAL INSTITUTION IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.125الكلمات المفتاحية:
Madrasah, pemikiran, gerakan Islah dan pendidikanالملخص
Sejarah menyaksikan Madrasah atau sekolah agama pernah menjadi nadi utama melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuwan dalam masyarakat serta pejuang kemerdekaan tanahair. Terdapat beberapa institusi pendidikan yang memberikan sumbangan besar seawal abad ke-20 dan antaranya ialah Madrasah Idrisiah di Perak. Berbanding dengan institusi lain, Madrasah Idrisiah adalah unik di mana ia diasaskan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah I yang telah mendedikasikan harta baginda untuk membiayai Madrasah dan dibangunkan atas konsep wakaf. Madrasah Idrisiah mempunyai tradisi dan pendekatan pendidikan dan tarbiahnya yang tersendiri mengangkat idea integrasi dan keseimbangan ilmu. Seiring dengan usianya yang telah mencecah 100 tahun, Madrasah Idrisiah telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada gerakan Islah dengan melahirkan tokoh-tokoh dan pemikir bersifat terbuka dan rasional menjadi agen pencerahan dan perubahan dalam masyarakat. Madrasah Idrisiah telah membuktikan bahawa sistem pendidikan agama diasaskan oleh Sultan dan disokong oleh Ulama yang menekankan integrasi ilmu mampu terus relevan memberi sumbangan signifikan kepada gerakan Islah dalam masyarakat. Artikel ini menggunakan metode kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dan menganalisis maklumat daripada sumber rujukan sedia ada.
التنزيلات
المراجع
Azliza Musa. (2022). Madrasah Idrisiah absahkan peranan raja Melayu kembangkan Islam. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/madrasah-idrisiah-absahkan-peranan-raja-melayu-kembangkan-islam/
Badriyah Haji Salleh. (1984). Kampung Haji Salleh dan Madrasah Saadiah-Salihiah, 1914-1959, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harussani Zakaria. (2018). Memoir Harussani Zakaria: Dia Akan Jadi Mufti. Sintok: UUM.
Ishak Saat dan Mohd Azhar Bahari. (2010). Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922- 2000: Sumbangan dan Kejayaan. Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Jaafar Mat Sani. (1975). Madrasah al-Yahyawiyah Padang Rengas: Satu Kajian Tentang Sejarah Perkembangan dan Pengaruhnya, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Mokhtar Petah. (1983). Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia. Subang Jaya: Penerbitan Tra-Tra.
Muhamad Naim Md. Taib. (2018). Institusi Madrasah Dalam Gerakan Politik Kepartian Dan Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Di Perak, 1900-1957, Tesis Sarjana, Kuala Lumpur. Universiti Sains Malaysia.
Nor Adina Abdul Kadir. (2011). “Peranan Ulama Dalam Perkembangan Intelektualisme Di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak Sebelum Merdeka”. dalam Ahmad Faisal Abdul Hamid (eds.). World Congress For Islamic History And Civilization: Islam And Education, Organizer Department Of Islamic History and Civilization, Academy Of Islamic Studies University Of Malaya, 10-11 Oktober 2011.
Nor Adina Binti Abdul Kadir. (2010). Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak: Sejarah dan Sumbangan Terhadap Pendidikan Islam Dari Tahun 1985-1999, Tesis Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Sabri Haji Ismail. (1985). Madrasah Al-Ulum Al- Syariah Perak 1937-1977: Satu Kajian Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salehuddin Md Dahlan, Nor Asiah Mohamad dan Nuarrual Hilal Md Dahlan. (2021). Royal Waqf in Perak: A Legal and Historical Analysis, IIUM Law Journal, 29 (2), 299-329.
Siddiq Fadzil. (1992). Minda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.








