SHAYKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI INTELEKTUAL HUBUNGAN DAKWAH ANTARABANGSA Shaykh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani International Missionary Relations Intellect

Main Article Content

Latifah Abdul Majid

Abstract

Hubungan antarabangsa antara kesultanan Tanah Melayu dengan kerajaan Uthmaniyah telah lama berlaku semenjak kurun ke-18. Namun, kaedah dan tokoh yang memainkan peranan penting dalam jaringan ini tidak dibincangkan secara tuntas. Oleh itu, artikel ini bertujuan meneliti ketokohan seorang ulama pada kurun itu yang mencorak perhubungan tersebut iaitu Shaykh Ahmad al-Fatani. Beliau disebut oleh para sarjana sebagaipemikir Melayu yang pertama menghubungkan secara rasmi sultan-sultan di negeri-negeri Melayu dengan kerajaan Turki Uthmaniyah. Artikel ini juga menganalisis bentuk dakwah dan peranan penulisannya sehingga tersebar di Nusantara khususnya di Malaysia, Thailand, Burma, Indonesia dan Kepulauan Borneo. Metode pengumpulan data adalah menerusi kaedah analisis dokumen dan dianalisis secara tematik. Hasil penelitian menunjukkan bahawa Shaykh Ahmad alFatani telah banyak menaburkan jasa dengan berdakwah, menulis, mentashih kitab dan mendidik para pelajarnya sehingga menjadi ulama yang menyebarkan Islam di rantau dunia Melayu dan Arab. Beliau dirujuk oleh para sultan kerajaan Melayu pada zamannya, di samping mempengaruhi corak pemikiran dan pemerintahan mereka dengan penulisan dan gerakan dakwah. Buku beliau telah dicetak dan disebarluaskan sehingga timbul kesedaran kepada sultan dan masyarakat Melayu tentang kepentingan perlaksanaan hukum-hukum Islam dan menentang penjajah Barat di dunia Melayu khasnya dan antarabangsa umumnya.


International relations between the Malay Sultanate with the Ottoman Empire have occurred since the 18th century, however, how the figures that played a key role in this network were not discussed thoroughly. Therefore, this article aims to examine the character of a scholar in that century who shaped the relationship, namely Shaykh Ahmad al-Fatani. The scholars believed that Shaykh Ahmad al-Fatani is the first Malay intellectuals formally linking the sultans in the Malay states with the Ottoman Empire. This article also analyses the form of da’wah and the role of its writing which spread in the archipelago, especially in Malaysia, Thailand, Burma, Indonesia and the Borneo Islands. The method of data collection is through document analysis and analysed thematically. The results demonstrated that Shaykh Ahmad al-Fatani has many devotional services with preaching, writing, verification of book and educate students to become scholars who transfer knowledge and Islam in the Malay world and the Arab region. He referred to by the sultans of the Malay kingdom in his day, in addition to influencing patterns of thought and their rule by writing and preaching movement. His books have been printed and distributed, which raised awareness to the sultan and the community about the importance of the implementation of Islamic laws and against Western colonialism in the Malay world in particular and the international public.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Eeman Muhammad Abbas . 2002. Sultan c

Abdul Hamid 2 dan Kejatuhan Khilafah

Islamiah. (Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti). Kuala Lumpur

: Prospecta Printers Sdn Bhd.

Ermy Azziaty Rozali. 2009. Pan Islamisme dan respons masyarakat Melayu.

Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu. Shah Alam : Karisma Publications

Sdn Bhd.

Mohd Nasir Awang Noh. 2002. Sumbangan Shaykh Ahmad al-Fatani terhadap

Pemikiran politik Melayu: Satu Kajian terhadap kitab al-Fatawa

al-Fataniyah. (Latihan Ilmiah bagi Sarjana Muda). Universiti Malaya.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Perang Turki Uthmaniyah dengan Britain (1914)

dan reaksi orang Melayu. Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu. Shah Alam

: Karisma Publications Sdn Bhd.

Suzanna Hj. Osman & Muzaffar Mohammd, 2009. Ahlu Bait Rasulullah s.a.w &

Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur : Power Press & Design (M) Sdn Bhd.

Wan Mohd Saghir. 1995. Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Keempat :

Shaykh Ahmad al- Fatani. Anjuran : Dewan Bahasa Dan Pustaka & UKM,

hlm.3-5 & 10.

Wan Mohd Saghir Wan Abdullah. 1998. Hadiqatul Azhar War Rayahin. Kuala

Lumpur : Khazanah Fathaniyah.

Wan Mohd Saghir Wan Abdullah.1990. International Conference For Terminology

Planning: Tiga Zaman Pembentukan Istilah Ilmu KeIslaman di Asia Tenggara :

al Alamah Shaykh Ahmad al Fathani Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu,

Jil 1, hlm 19-27.

Wan Mohd Saghir Wan Abdullah. 2002. Seminar Pemikiran Shaykh Ahmad bin

Mohd Zain. Anjuran :Pusat Pembangunan Pondok Berhad dengan kerjasama

Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 26.

Wan Mohd Saghir Wan Abdullah. 2005. Wacana Shaykh Ahmad al- FataniPemikir Agung Melayu dan Islam. (Siri ke-5).Anjuran : Persatuan Pengkajian

Khazanah Klasik Nusantara & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

hlm 2-10.

Wan Mohd Saghir Wan Abdullah. 2005. Wacana siri ke-3 Sanad Keilmuan Shaykh

Ahmad al-Fatani dengan ulama’ Selangor. Anjuran : Persatuan Pengkajian

Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji).

Zaidi Hasan. 2009. Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin dalam konteks hubungan

alam Melayu dengan kerajaan Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyah dan Alam

Melayu. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.

Temu bual Wan Mohd Saghir Wan Abdullah, tarikh Julai 2009.