MUHAMMAD ABDUH DAN PERANANNYA DALAM AKHBAR AL-WAQĀ’I‘ AL-MISRĪYYAH MUHAMMAD ABDUH’S ROLE IN AL-WAQĀ’I‘ AL-MISRĪYYAH, AN OFFICIAL EGYPTIAN GAZETTE

Main Article Content

Ahmad nabil Amir
Tasnim Abdul Rahman

Abstract

Artikel ini membahas peranan Muhammad Abduh (1849-1905) dalam kareernya sebagai ketua editorial akhbar al-Waqā’i‘ al-Misrīyyah (الوقائع المصرية) sejak tahun 1880. Sepak terjangnya dalam ranah kewartawanan ini penting dalam konteks kebangkitan akhbar Mesir khususnya al-Mu’ayyad dan al-Waqā’i‘ al-Misrīyyah sebagai surat khabar rasmi pemerintah bagi mengembangkan cita pemodenan dan mempengaruhi pandangan umum di Mesir. Ia memberi kesan yang penting yang memungkinkannya memainkan peranan dalam mengembangkan harkat bahasa, meningkatkan kekuatan pengaruh akhbar dan kewartawanan dan menggerakkan kesedaran umum tentang percaturan politik dan budaya yang intens dalam perkembangan semangat nasionalisme dan kesedaran sosial di Mesir. Penulisan dan rencana politiknya merangkumi tempoh pentadbiran Riyad Pasha, pentadbiran Sharif dan zaman pergolakan. Artikel ini menyorot ide-ide yang dilontarkannya tentang pembaharuan sosial dan spiritual, serta persoalan-persoalan pendidikan, agama dan sosio-budaya yang bersangkutan. Metode kajian adalah berasaskan kaedah dokumentasi dan pembukuan. Data-data kajian ditinjau secara deskriptif, analitik dan komparatif. Kesimpulan kajian mendapati perkembangan yang dinamik dan produktif di masa kepimpinan Abduh menerajui akhbar al-Waqa’i‘ al-Misriyyah yang berhasil mengangkat persoalan masyarakat dan menarik kesedaran tentang ihwal mutakhir dalam dunia politik dan akhbar serta mempertahankan kepentingan etika dan nilai kewartawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Al-Jabartī, ‘Abd al-Rahman. ‘Ajā’ib al-Āthār fī al-Tarājim wa’l-Akhbār. Jil. IV. Kaherah: t.tp, 1322/1904.

Al-Sawi, Ahmad Husayn. “Muhammad ‘Abduh and Al-Waqā‘i’ al-Misrīyah” (Unpublished M.A. Thesis, Faculty of Graduate Studies and Research, McGill University, 1954)

Amin, Osman. “Muhammad ‘Abduh the Reformer”. The Muslim World, Vol. 36, Issue 2 (April, 1946), 153-155.

Alias, Adibah Yasmin; Saidin, Mohd Irwan Syazli; Hamil, Jamaie Haji. “The Influence of Muhammad ‘Abduh towards the

Emergence of Fundamentalist-Reformist of Kaum Muda in Tanah Melayu (1900-1930)”. KEMANUSIAAN, Vol. 30, No. 2

(2023), 119-141.

Browne, Edward G. The Persian Revolution 1905-1909. Mage Publishers, 2nd ed., 2006.

C.C. Adams. Islam and Modernism in Egypt: A Study of the Modern Reform Movement Inaugurated by Muhammad Abduh.

Cairo: The American University of Cairo, 1933.

Hafiz Zakariya. “Muhammad ‘Abduh’s Reformism: The Modes of its Dissemination in Pre-Independent Malaysia”.

International Research of Shariah, Muamalat and Islam, Vol. 2, No. 4 (2020), 43-54.

Fadzil, Siddiq. Shaykh Muhammad Abduh: Tokoh Gerakan Islah. Shah Alam: UNISEL Press, 2023.

Ibrahim ‘Abduh, Tārīkh al-Tibā‘ah wa al-Sahāfah fī Misr Khilāl al-Hamlah al-Faransīyah, jil. 3. Kaherah: t.tp., 1949.

Kateman, Ammeke. Muhammad Abduh and His Interlocutors: Conceptualizing Religion in a Globalizing World. Brill, 2019.

Masato Iizuka. “Muhammad ‘Abduh in the Period of ‘Urabi Movement: A Struggle for the Application of the Shari‘ah”.

Bulletin of the Society for Near Eastern Studies in Japan, Vol. 33, Issue 2 (1990), 20-35.

Muhammad Rashid Rida. Tārīkh al-Ustādh al-Imām al-Shaykh Muhammad ‘Abduh, jil. 1. Kaherah: Matbaah al-Manar 1931.

Scharbrodt, Oliver. Muhammad ‘Abduh: Modern Islam and the Culture of Ambiguity. London: Bloomsbury Publishing, 2022.

Sedgwick, Mark. Muhammad Abduh. Cairo: AUC Press, 2003.

Thorsten Botz-Bornstein. “Nishida Kitaro and Muhammad ‘Abduh on God and Reason: Towards a Theology of Place”. Asian

Philosophy, Vol. 32, No. 2 (2022), 105-125.

Wilfrid Scawen Blunt. Secret History of the English Occupation of Egypt. New York: t.tp, 1922.