DAKWAH DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI PEMERKASAAN SPIRITUALITI Da’wah and Human Capital Developement Via Spiritual Empowerment

Main Article Content

Ratna Roshida Ab Razak
Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Aiza Maslan

Abstract

Membangunkan manusia atau  disebut sebagai modal insan, merupakan proses yang berterusan dan melibatkan usaha daripada perlbagai pihak, khususnya para pendakwah. Makalah yang bersifat konseptual ini bertujuan untuk mengetengahkan dakwah ke arah kefahaman yang holistik mengenai pembangunan modal insan yang meliputi tiga aspek utama kejadian manusia iaitu fizikal intelektual dan spiritual. Pembangunan komponen spiritual merupakan asas dalam pembangunan manusia kerana di sinilah letaknya organ utama yang menjadi raja kepada seluruh anggota badan, iaitu hati; pada hatilah letaknya roh yang memberi makna, tujuan dan nilai sebuah kehidupan. Makalah ini menggunakan analisis deskriptif manakala, sumber data yang digunakan dalam kajian ini adalah sumber sekunder yang berkaitan dengan topik, khususnya dakwah dan spiritualiti yang meliputi makna, tujuan dan nilai hidup. Proses menganalisis data dilakukan dengan mengkaji, menganalisis dan membandingkan pelbagai sumber literatur serta mentafsirkan hasil analisis yang diperolehi. Dapatan yang dihasil menjelaskan bahawa peranan dakwah yang bermula dengan diri pendakwah itu sendiri melalui kefahaman yang jelas tentang peranan komponen spiritual yang disokong oleh komponen intelektual dan fizikal merupakan asas kepada kejayaan dalam membangunkan modal insan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Al-Quran Al-Karim

Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail. (1993). Sahih Al-Bukhari. Dar Ibnu Kathir.

A Hasyim. 1974. Dustur Dakwah Menurut al-Quran. Penerbit Bulan Bintang.

A. Hassan 2001. Komunikasi untuk Bakal Pendakwah; Panduan Mengubah Sikap dan Tingkah Laku Orang Lain. PTS Publication & Distributots Sdn. Bhd.

Abdul Karim. Z. 2002y. Islam dan Dakwah. Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Bahri M.G. 1997. Dakwah Komunikatif Membangun Kerangka Dasar Ilmu Komunikasi Dakwah. Pedoman Ilmu Jaya.

Essence, V. 2005. How are your brain and heart connected to God? The share Foundation Heart–Brain Project. [Retrieved from www.sharefoundationnetwork.com/heartbrain.htm.on the 24 August 2019.

Fethullah G. 2011. Dakwah Jalan Terbaik dalam Berpikir dan Menyikapi Hidup. Penerbit Republika.

Fethullah G. 2014. Tasawuf Untuk Kita Semua: Menapaki Bukit – Bukit Zamrud Kalbu Melalui Istilah- Istilah dalam Pratik Sufisme. Penerbit Republika.

Mohd Nasir O. 2016. Akhlak dan Pembangunan Insan: Pendekatan Falsafah. Penerbit UKM.

Sai’d Hawwa. 2012. Pendidikan Spiritual: Rujukan Lengkap Trabiyah Ruhiyah Menggapai Cinta Ilahi. Mutiara Ilmu Selekta.

Seyyed Hosein. N. 1989. Knowledge and the Sacred. State University of New York Press.

Tony B. 2014. The Power Of Spiritual Intelligence. HarperCollins Publishers.

Wan Mohd Nor W.D. 2020. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam, Syed M. Naquib Al Atas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Penerbit Universiti Malaya.